Mengenai Blog Ini

Ini adalah koleksi Forwarded Message yang diterima melalui Yahoo Messenger saya. Untuk tidak spamming ID manusia dalam List YM saya, maka ini adalah alternatif lain untuk turut sama memforward mesej-mesej yang bermanfaat.

Anda semua dialu-alukan untuk copy-paste dan menyebarkan mesej di sini kepada kawan-kawan anda. Blogger juga dijemput menambah blog ini di dalam Feed mereka.

TQ~

Wednesday, April 22, 2009

Bersih Hati

JPA_paeid (4/19/2009 4:11:10 PM):
Ulamak tasawwuf menyebut 3 peringkat bagaimana hati boleh dibersihkan
1) Takholli
2) Tahalli
3) Tajalli.

Takholli ialah proses mengosongkan hati daripada segala sifat yang mazmumah setelah kita mengenal pasti apa penyakit hati yg kita ada.

Tahalli pula ialah proses untuk menghiasi hati kita dengan segala sifat mahmudah untuk menggantikan sifat mazmumah yang kita buang dengan proses yang pertama td.

Tajalli ialah anugerah dari Allah selepas kita melakukan 2 proses sebelumnya..

sebagai contoh jika kita mengtakholli daripada sifat riyak maka kita tahalli dengan sifat ikhlas kepada Allah dan kemudian Allah akan tajalli sifat ikhlas di dalam hati kita. Maka jadilah kita hamba yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment